Tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat. Kadang-kadang kita tak expect pun kerana ini semua kuasaNya. Dia yang menentukan, kita hanya mampu merancang. Kita kena ingat bahawa Allah tak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali Dia akan gantikan dengan lebih baik. Kita kena bersabar dengan dan redha dengan segala ketentuanNya.
Dulu aku selalu rasa sedih dan kecewa. Semua kerana cinta. Putus cinta. Ya Allah betapa bodohnya aku dulu kerana cinta aku sanggup membazirkan air mata. Kalau aku menangis kerana dosa-dosaku alangkah baik nya. Baru aku sedar semua yang terjadi dahulu ada hikmah yang tersembunyi. Memang Allah sengaja buat begitu kerana nak uji sejauh mana keimanan kita. Kini Allah telah gantikan segala kesedihan aku dengan kebahagiaan. Alhamdulillah.. =)
Sesuatu yg kita impikan tak selalunya akan menjadi kenyataan. Tetapi apa yg tak diduga selalu akan berlaku dengan tiba2..Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi kita kena ingat, usah ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yg belum pasti untuk selama-lamanya.


No comments:
Post a Comment