Assalamualaikum...
Aku cukup menyampah dengan manusia yang suka sangat percaya dan taksub dengan benda khurafat. Err..
Contohnya la kan. Aku tangkap gambar bertiga then ade orang tegur.. " Ishh tak baik, tangkap gambar nombor ganjil (3,5,7,9, etc etc)..... nanti salah sorang mati..
Aku pun...
Habis kalo langsung tak tangkap gambar orang tu panjang umur ke. Seolah-olah ambil gambar bertiga tu ada satu kuasa untuk menarik nyawa manusia..heh.. Tak logik langsung. And ada yang terbaru aku dengar, kalau tangkap gambar kucing nanti tak lama lagi kucing tu akan mati. hah??
Sebenarnya ada banyak lagi perkara perkara nonsense yang orang sekarang masih percaya. Contohnya kalau ada burung gagak lalu bunyi gakk! gakk! (betul ke?) =p kat satu satu kawasan tu , nanti akan ada kematian akan berlaku. Lagi satu, kalau anak dara masak sambil menyanyi nanti kawin dengan lelaki tua. heheh.. tak de maknanya actually orang tua tu takut air liur menyembur dalam kuali masa nyanyi tak pun takut lauk tu hangit sebab leka menyanyi. =B
Lagi satu korang pernah dengar kalau duduk atas bantal nanti bisul. Macam tak de kena mengenakan.Langsung Tak! OK! huhuhu. Orang tua buat macam tu sebab bantal tu kan untuk tidur, tempat letak kepala macam tak manis la letak bontot atas tu. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan karut marut masyarakat kita kalau nak list memang panjang. Antaranya minum gelas sumbing nanti dapat anak sumbing padahal kalau minum guna gelas sumbing takut mulut luka kan bahaya tu. Lagi, kalau tak makan nasi sampai habis nanti nasi tu menangis padahal nak elakkan pembaziran. Kadang ade bagus juga orang tua reka cerita macam tu untuk kebaikan dan pengajaran anak cucu. Ada juga yang tak bagus silap- silap boleh jadi khurafat.
Ada orang yang percaya dengan benda-benda karut ni sebab mungkin itu kebetulan berlaku pada diri diaorang. Sampai ade yang taksub. emm.. Sebenarnya sesetengah orang dulu, kurang didedahkan dengan ilmu agama. Kepercayaan ni dibawa turun temurun sampai susah nak buang. Tapi terpulang la pada individu masing-masing bole fikir secara logik. Apa apa pun kita kena ingat semua yang berlaku hanya Allah sahaja tentukan. Kita makhluk bumi tak ada kuasa melainkan pencipta kita Allah SWT. =)

.jpg)

No comments:
Post a Comment